Sejarah Penubuhan Politeknik Muadzam Shah
Politeknik Muadzam Shah mula beroperasi pada 1 Ogos 2003 merupakan politeknik yang ke 19 Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Kampus tetapnya terletak di pinggir Bandar Muadzam Shah. Sementara menunggu kampus tetap yang masih dalam pembinaan, Politeknik Muadzam Shah beroperasi di SMT Muadzam Shah dan Galeri Ilmu Muadzam Shah.
Politeknik Muadzam Shah telah mengeluarkan graduan sulungnya seramai 63 orang dari pengambilan sesi Januari 2004 dan 77 orang dari sesi Julai 2004. Sebagai graduan perintis, mereka mendapat bimbingan daripada 46 kakitangan akademik yang komited dalam melahirkan masyarakat berilmu pengetahuan dan berkemahiran. Manakala bahagian pengurusan dan pentadbiran pula digerakkan melalui kerjasama 69 orang staf yang terdiri daripada kumpulan kakitangan pengurusan & profesional dan kakitangan sokongan.
Walaupun masih dalam status menumpang di premis lain, Politeknik Muadzam Shah mempunyai kumpulan pengurusan yang beriltizam untuk menjadikan politeknik ini sebagai sebuah pusat kecemerlangan ilmu dan kemahiran yang terunggul di negara ini.







