DASAR KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN POLITEKNIK MUADZAM SHAH
Politeknik Muadzam Shah bertanggungjawab untuk memastikan semua pekerja dan pelajarnya dalam suasana kerja dan pembelajaran di makmal-makmal berada dalam persekitaran yang sihat dan selamat.
Kami akan mematuhi semua peruntukan peraturan dan perundangan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang terpakai seperti OSHA 1994 dan FMA 1967. Langkah-langkah yang munasabah akan diambil bagi mencegah melapor dan menyiasat segala bentuk kemalangan, keadaan yang merbahaya, kecederaan dan penyakit yang berkaitan dengan pekerjaan.
Peningkatan berterusan prestasi keselamatan dan kesihatan pekerjaan akan dilaksanakan menerusi program-program keselamatan dan kesihatan pekerjaan, pemeriksaan tempat kerja, makmal-makmal serta asrama pelajar secara berkala dan latihan yang berkaitan.
Kerjasama yang padu dari semua warga kerja dan pelajar penting bagi meningkatkan prestasi keselamatan dan kesihatan pekerjaan di Politeknik Muadzam Shah dengan mengamalkan dam mewujudkan budaya kerja sihat dan selamat.
Last Updated (Tuesday, 29 June 2010 02:17)








