Joomla TemplatesWeb HostingFree Joomla Templates

PENGENALAN

Jabatan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (KJTMK) adalah salah satu jabatan yang telah ditubuhkan di Politeknik Muadzam Shah pada 1 Ogos 2003. Jabatan ini hanya menawarkan kursus Sijil Teknologi Maklumat dan pengambilan pertama pelajar bermula pada bulan Januari 2004.

            Pada awal penubuhan, Jabatan ini dianggotai  4 orang tenaga pengajar termasuk Ketua Jabatan. Kini, JTMK mempunyai 14 orang Pensyarah, seorang Pembantu Tadbir, seorang Juruteknik Komputer dan 3 orang Pembantu Makmal. 

            Bermula pada sesi Julai 2009, JTMK mengambil pelajar bagi program Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) dan tempoh pengajiannya adalah maksimum 9 semester. Pengambilan pelajar dibuat 2 kali setahun iaitu pada sesi Jun dan sesi Disember setiap tahun. JTMK mempunyai seramai 223 orang pelajar yang dipecahkan kepada dua kursus yang ditawarkan pada masa kini iaitu untuk program DIP seramai 142 orang pelajar. Manakala 81 adalah pelajar bagi kursus SIT. Makluman program SIT tidak lagi di tawarkan bermula pada sesi Julai 2009.

Antara fasiliti yang disediakan untuk pelajar dalam proses pembelajaran adalah :

· Makmal Komputer 1, 2 dan 3

· Makmal Digital

· Makmal Projek

· Bilik Kuliah 2 dan 3 

Last Updated (Friday, 18 June 2010 08:04)

 
Valid XHTMLValid CSS
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter

 

 

PENAFIAN: Politeknik Muadzam Shah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.    PP   PPppppppPpPDasar Keselamatan I Dasar Privasi       I Peta LamanPeta LamanPeta Laman              

  

Paparan terbaik dengan menggunakan skrin resolusi 1024 x 768 dan ke atas.
Menggunakan pelayar web Mozilla Firefox versi 3.0 dan ke atas, Google Chrome ataupun Safari.