Joomla TemplatesWeb HostingFree Joomla Templates

LAPORAN AKTIVITI 1

MINGGU SUAIKENAL POLITEKNIK MUADZAM SHAH

12 HINGGA 15 JANUARI 2010.

 

 

Minggu suaikenal bagi pelajar baru kemasukan sesi Januari 2010 telah diadakan pada 12 hingga 15 Januari 2010. Pelbagai slot telah dirancang bagi memperkenalkan system politeknik dan pengurusan akademik di politeknik. Di samping itu, beberapa aktiviti telah dirancang bagi meningkatkan jati diri dan motivasi para pelajar di bawah slot latihan dalam kumpulan (LDK).

Matlamat utama slot LDK ini adalah untuk menerapkan budaya IPT dan meninggalkan budaya sekolah di kalangan pelajar baru yang merupakan pelajar-pelajar lepasan SPM dan STPM. Pelbagai aktiviti LDK yang bersesuaian, praktikal, progresif dan mencabar telah disusun dalam sesi perbincangan  di antara fasilitator LDK yang terdiri daripada Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)Politeknik Muadzam Shah pada 10 dan 11 Januari 2010. Aktiviti LDK ini juga mengambil kira penerapan kemahiran komunikasi, keyakinan diri, kerjasama (teamwork) serta muhasabah diri. Bagi semester ini, sesi LDK dikendalikan oleh  24 orang PRS dengan dipantau oleh 2 pegawai pemantau LDK yang terdiri daripada pensyarah. Ini untuk memberi peluang kepada PRS khasnya dan pelajar umumnya untuk mengembangkan bakat sebagai fasilitator serta menjadi contoh kepada pelajar baru tentang kehidupan di IPT.

Berikut adalah aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang slot LDK bagi MSK Sesi Januari 2010.

 

Selain dari aktiviti LDK, pelajar juga diterapkan dengan nilai-nilai keyakinan diri dan bertanggungjawab melalui lantikan beberapa orang pelajar sebagai wakil pelajar dan pengerusi majlis bagi slot-slot taklimat sepanjang Program MSK.

  

 

LAPORAN AKTIVITI 2

 

PRO GRAM FORUM KEBANGSAAN PENCEGAHAN PENYALAHGUNAAN DADAH DI IPT  

TAHUN 2010 – PREVENT 2010

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA

18 HINGGA 20 FEBRUARI  2010

 

Forum Kebangsaan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah Di IPT Tahun 2010 – PREVENT 2010, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia diadakan untuk memberi peluang kepada para mahasiswa yang juga merupakan bakal pemimpin masyarakat sama ada di peringkat organisasi mahupun komuniti yang kini masih berada di peringkat institusi pengajian tinggi awam ataupun swasta di seluruh Malaysia agar terlibat secara langsung dalam pencegahan penyalahgunaan dadah di kalangan belia di Negara ini. Objektif forum ini adalah bagi membincangkan strategi dan pendekatan yang boleh dilaksanakan oleh belia dan remaja selaku mahasiswa dalam menyelamatkan masyarakat dari gejala dadah.

   

Forum ini diadakan di Dewan Kuliah Pusat 3, Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan di bawah anjuran Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Ianya melibatkan wakil-wakil mahasiswa daripada semua IPTA dan IPTS di Malaysia. Politeknik Muadzam  Shah (PMS) telah menghantar 2 orang wakil mahasiswa yang merupakan antara pemimpin mahasiswa di PMS  iaitu:

  

1.       Mohd ‘Izzat Bin Mohamed Wina (19DIP09F1049) – JPP

2.       Nurul Ain Binti Mohd Ibrahim (19DIP09F1035) - PRS

 

Program ini diharapkan dapat membantu Negara mencapai matlamat “Malaysia Bebas Dadah 2015” melalui proses pengupayaan komuniti yang disasarkan kepada kumpulan mahasiswa IPT di Malaysia.

 

LAPORAN AKTIVITI 2

BAKTI SISWA

KEM KEPIMPINAN PENGAWAS 2010

SK MUADZAM JAYA

5 MAC 2010 – 6 MAC 2010

 

 

Pelajar sekolah rendah merupakan barisan pelapis kepada kepimpinan masyarakat dan negara pada masa depan. Justeru itu, pihak pendidik, sekolah dan komuniti setempat sentiasa berusaha dari semasa ke semasa memastikan kualiti pelajar sentiasa digilap melalui pelbagai aktiviti yang dilaksanakan sama ada bersifat dalaman mahupun melalui kerjasama dengan mana-mana badan kerajaan, IPT ataupun swasta.

 

Program Kem Kepimpinan Pengawas dilaksanakan sebagai satu usaha meningkatkan  ilmu pengetahuan, kemahiran kepimpinan, motivasi serta kesedaran tentang peranan dan tanggungjawab pemimpin pelajar terhadap masa depan bangsa, agama dan negara. Pelajar yang dipilih untuk mengikuti program ini akan diberikan kesedaran bukan sahaja secara ilmiah tentang senario masa depan bangsa, agama dan negara malah akan mengalami sendiri situasi sebenar keadaan masyarakat yang amat mengharapkan sumbangan dan peranan mereka sebagai barisan pelapis kepimpinan berdasarkan acuan dan kehendak masyarakat, agama, bangsa dan negara. Kesedaran yang wujud di kalangan mereka secara tidak langsung akan dapat menanamkan semangat juang yang tinggi, mempunyai semangat jatidiri, bermotivasi, ikhlas, bercita-cita tinggi, belajar dengan penuh semangat, berwawasan dan  sanggup berkorban demi bangsa, agama dan negara.  

 

Sehubungan itu, Program Kem Kepimpinan Pengawas ini umpama landasan dalam membekalkan negara dengan tenaga barisan bakal pemimpin bangsa yang berkualiti, komited dan memahami hala tuju perjuangan bangsa dan negara. Mereka perlu sentiasa diasuh dan dipimpin secara berterusan agar tidak menyimpang dari landasan yang telah ditetapkan bermula dari peringkat sekolah rendah dan diharapkan akan berterusan di peringkat universiti kelak.

           

   

Sebagai sebuah IPTA yang berada di dalam sesebuah komuniti, mahasiswa dapat berbakti dengan memberikan perkhidmatan ilmiah kepada pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah. Ini secara tidak langsung dapat menjadi contoh dan menyuntik semangat para pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Oleh itu, Program Bakti Siswa - Kem Kepimpinan Pengawas ini menjadi satu platform kepada mahasiswa untuk menabur bakti kepada masyarakat setempat.

   

 

Program Bakti Siswa – Kem Kepimpinan Pengawas 2010 ini diharapkan akan dapat meningkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran kepimpinan, motivasi, semangat juang dan jatidiri yang tinggi di kalangan pemimpin pelajar SK Muadzam Jaya. Selain itu, program ini juga dapat menjalinkan ukhwah antara pelajar Politeknik Muadzam Shah dengan pelajar SK Muadzam Jaya di samping menyalurkan maklumat berkaitan program politeknik kepada masyarakat di luar bandar yang kurang mendapat pendedahan dan perhatian.

 Ini secara tidak langsung dapat mengembangkan bakat PRS Politeknik Muadzam Shah dalam mengendalikan sesi LDK bagi sesebuah program kepimpinan.

Program ini melibatkan 85 orang pelajar SK Muadzam Jaya yang terdiri daripada pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, ketua kelas dan penolong ketua kelas sebagai peserta dan 20 orang Pembimbing Rakan Siswa (PRS) Politeknik Muadzam Shah yang bertindak sebagai Fasilitator.

 

Berikut adalah tentatif program bagi Kem Kepimpinan Pengawas ini:

 

 

 Adalah diharapkan Program Bakti Siswa – Kem Kepimpinan Pengawas 2010 ini  dapat memberi pendedahan yang sewajarnya kepada para peserta terhadap bidang kepimpinan dan seterusnya dapat melahirkan pemimpin yang disegani, dihormati dan dikasihi pada masa hadapan. Penglibatan PRS sebagai fasilitator  dapat menyuntik semangat pelajar sekolah untuk meningkatkan potensi diri disamping berusaha melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Di samping itu, PRS juga berpeluang menimba pengalaman dalam menguruskan sesi LDK sekaligus memperkenalkan Politeknik Muadzam Shah kepada komuniti setempat.

 

Last Updated (Monday, 21 June 2010 09:10)

 
Valid XHTMLValid CSS
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter

 

PENAFIAN: Politeknik Muadzam Shah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.    PP   PPppppppPpPDasar Keselamatan I Dasar Privasi       I Peta LamanPeta LamanPeta Laman              

  

Paparan terbaik dengan menggunakan skrin resolusi 1024 x 768 dan ke atas.
Menggunakan pelayar web Mozilla Firefox versi 3.0 dan ke atas, Google Chrome ataupun Safari.