Pengenalan
Unit Latihan Dan Pendidikan Lanjutan (ULPL) merupakan salah satu unit sokongan akademik di Politeknik Muadzam Shah. Unit ini berperanan dalam perancangan dan penyelarasan pemberian latihan kepada semua staf akademik dan staf sokongan melalui latihan dalaman ataupun luaran sepertimana keperluan dasar kerajaan yang menetapkan kehadiran bekursus sekurang-kurangnya 7 hari setahun. Bagi meningkatkan kompetensi dan kolaborasi bersama pihak industri, para pensyarah digalakkan untuk mengikuti program sangkutan industri yang dikawalselia oleh Bahagian Latihan Dan Pembangunan Kerjaya Jabatan Pengajian Politeknik. Di samping itu ULPL turut menawarkan kursus-kursus pendek dan terlanggan kepada pihak industri dan masyarakat umum berdasarkan kepakaran yang ada di PMS. ULPL juga sentiasa berusaha untuk mencapai objektif kualiti PMS bagi memastikan kecemerlangan staf yang berterusan dari aspek kualiti kerja, motivasi dan sahsiah diri sejajar dengan aspirasi Pembangunan Modal Insan yang kaya dengan pengetahuan, berdaya saing tanpa meninggalkan nilai-nilai keperibadian yang luhur.
Objektif
Mempastikan staf yang dihantar berkursus / menjalani latihan mencapai sekurang-kurangnya 70% daripada kriteria penilaian yang dinilai melalui Kajiselidik Keberkesanan Kursus/ Latihan. Mempastikan Jadual Perancangan Latihan Staf dilaksanakan sekurang-kurangnya 85% dalam tempoh setahun. Mempastikan keseluruhan staf PMS mengikuti sekurang-kurangnya 7 hari program peningkatan kemahiran pada setiap tahun.
Fungsi
Merancang program-program latihan yang diperlukan oleh staf dalam pembangunan modal insan yang seimbang dari aspek kemahiran, ‘soft-skill’ dan sahsiah diri. Menyelaras dan melaksanakan program latihan yang besesuaian samada secara dalaman mahupun luaran selaras dengan keperluan kemahiran yang diperlukan. Merancang, menyelaras dan mengendalikan Kursus Pendek dan Kursus Terlanggan di bawah Time Sector Privatisation. Menyelaraskan Program Sangkutan Industri Pensyarah di politeknik.
Kursus Ditawarkan
Kursus Dalaman
| BIL. | KURSUS | TARIKH |
| 1. | Bengkel Pentaksiran Item | 15 – 16 Mac 2010 |
| 2. | Kursus Database Access | 17 – 19 Mac 2010 |
| 3. | Kursus Pengurusan Perolehan Kerajaan | 20 – 21 April 2010 |
| 4. | Kursus Penyelenggaraan Bangunan | 27 – 29 April 2010 |
| 5. | Kursus Audit Dalaman | 4 – 5 Mei 2010 |
| 6. | Kursus Flash | 31 Mei – 2 Jun 2010 |
| 7. | Kursus Illustrator | 3 – 4 Jun 2010 |
| 8. | Kursus Pedagogi | 8 Jun 2010 |
| 9. | Kursus ESQ | 9 – 11 Jun2010 |
| 10. | Kursus Metodologi Penyelidikan | 15 – 16 Jun 2010 |
| 11. | Kursus Pengurusan Majlis | 14 – 16 Julai 2010 |
| 12. | Kursus Pengendalian Hazard | 20 – 21 Julai 2010 |
| 13. | Kursus Pengurusan Aset Awam | 27 – 28 Julai 2010 |
| 14. | Kursus Pengurusan Buku Rekod Perkhidmatan | 5 Oktober 2010 |
| 15. | Kursus Pengurusan Integriti | 12 – 13 Oktober 2010 |
| 16. | Effective Presentation Skills Course | 22 – 24 November 2010 |
Kursus Pendek
1.Kursus TOT Pengurusan Jenazah
2.Kursus Discrete Mathematics
3.Bengkel Pelaksaan Rancangan Perniagaan (Catering)
Carta Organisasi
|
Sarawati Binti Ahmad |
|||||||||||
|
Norhasnida Binti Samsudin |
|||||||||||
|
Ruslina binti Awang @ Faudzi |
Rapiah Binti Rahmat |
||||||||||
|
Iza Hairani Binti Md. Yusuff |
Juliza Binti Berahim |
||||||||||
|
Rafizah Binti Ab. Rahman |
Azlina Binti Abdullah |
||||||||||
|
Khairul Amin Bin Barkawi |
Normalawati Binti Mohamed |
||||||||||
|
Cik Norzalina Binti Nor Hasin |
Rosemawaty Binti Mamat Hallwi @ Mamat |
||||||||||
Last Updated (Friday, 18 June 2010 04:24)






