PROGRAM LATIHAN INDUSTRI
Program Latihan Industri merupakan salah satu komponen penting dalam kurikulum pengajian Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM). Para pelajar diwajibkan untuk lulus Program Latihan Industri sebelum diperakukan untuk penganugerahan Diploma Politeknik KPTM. Secara umumnya, Program Latihan Industri dilaksanakan dengan para pelajar ditempatkan selama satu semester di industri atau agensi-agensi kerajaan yang mempunyai kaitan dengan bidang pengajian pelajar semasa di semester empat pengajian. Objektif Program Latihan Industri ialah:
-
Membina personaliti individu yang positif
-
Kemahiran berkomunikasi
-
Mengamalkan etika dan peraturan kerja yang baik
-
Memberi pendedahan kepada alam pekerjaan
-
Menghasilkan laporan Latihan Industri
Last Updated (Monday, 21 June 2010 07:40)






