Antara fungsi-fungsi UICT adalah seperti berikut:
i) Merancang, membangun dan mengawalselia inisiatif-inisiatif ICT seperti penyediaan prasarana pengkomputeran, pembangunan sistem aplikasi, pengurusan perolehan perkakasan serta perisian, pengurusan latihan dalam bidang ICT dan pelupusan perkakasan ICT.
ii) Mengendalikan latihan pengguna ke atas sistem aplikasi yang selesai dibangunkan serta memberi perkhidmatan sokongan kepada pengguna.
iii) Membangunkan serta menyelenggara sistem ICT bagi menyokong fungsi-fungsi operasi dan pengurusan.
iv) Bertanggungjawab membantu menyelenggara sistem-sistem yang ada di PMS.
v) Membangunkan dan menyelenggara prasarana rangkaian komunikasi.
vi) Menyediakan perkakasan dan perisian komputer untuk PMS serta mempastikan keselamatan dan integriti data.
vii) Memberikan khidmat sokongan bagi mempastikan operasi-operasi sistem ICT berjalan lancar.
Last Updated (Monday, 21 June 2010 01:54)






