PINJAMAN DAN BIASISWA
Penaja – penaja bagi pelajar Politeknik Muadzam Shah adalah daripada PTPTN , TPP dan Yayasan Negeri.
Seramai 131 orang pelajar peringkat Sijil ditaja oleh Tabung Pinjaman Pelajaran KPTM. Manakala seramai 37 orang pelajar Peringkat Diploma ditaja oleh PTPTN. Bagi selebihnya iaitu 47 orang pelajar ditaja oleh Yayasan Negeri , Jabatan Orang Asli Malaysia dan membiayai pengajian sendiri. Data ini adalah untuk tahun 2009.
Bagi Sesi Januari 2010 pelajar masih lagi dalam peringkat permohonan. Bagi permohonan KPTM dan PTPTN adalah secara online.Pelajar mestilah memohon sebelum hari pendaftaran masuk ke Politeknik. Bagi pelajar yang tidak berbuat demikian, masih boleh membuat permohonan setelah berada di Politeknik tetapi ada kemungkinan kelewatan dibayar duit pinjaman tersebut. Untuk memohon TPP pelajar boleh online di lawan web www.politeknik.edu.my dan untuk lawan web ptptn ialah www.ptptn.gov.my .
Pelajar Peringkat Sijil, satu semester akan dibayar sebanyak RM 1500. Jadi sepanjang pengajian empat semester pelajar akan dibayar sebanyak RM 6000.TPP ini juga tidak mengenakan sebarang cas perkhidmatan. Manakala untuk PTPTN pelajar Peringkat Diploma akan dibayar sebanyak RM 2500.Sepanjang pengajian enam semester pelajar akan dibayar RM 15000.Pinjaman PTPTN adalah bergantung kepada pendapatan keluarga. Untuk maklumat lanjut mengenai PTPTN sila layari laman web PTPTN.
Objektif bagi bahagian Biasiswa dan Pinjaman adalah memastikan pelajar mempunyai penaja selewat – lewatnya semester kedua.
Last Updated (Monday, 21 June 2010 02:28)






