Pengenalan
Jabatan Perdagangan, Politeknik Muadzam Shah diketuai oleh Pn.Norleza binti Lehat sebagai Ketua Jabatan Perdagangan dan dibantu oleh En.Zainal bin Mat Il sebagai Ketua Program Sijil Pengajian Perniagaan. Sekarang, JP mempunyai seramai 9 orang pensyarah dan seorang pembantu tadbir.
| Pn. Norleza binti Lehat | (Ketua Jabatan) |
| En. Zainal bin Mat IL | (Ketua Program SPP) |
| Pn. Siti Nor binti Fauzi | (Pensyarah) |
| Pn. Ruslina binti Awang | (Pensyarah) |
| Cik Norzihan binti Mohamad | (Pensyarah) |
| En. Roshidi bin Bakar | (Pensyarah) |
| Pn. Iza Hairani binti Md Yusof | (Pensyarah) |
| Pn. Hafizah binti Ismail | (Pensyarah) |
| Cik. Mazwina Hanim binti Abu Bakar | (Pensyarah) |
| Cik Normazita binti Abdul Rahman | (Pembantu Tadbir) |
Program Sijil Pengajian Perniagaan
Sinopsis
Objektif program ini ialah untuk melatih personel yang mempunyai kecekapan asas yang diperlukan di sektor perdagangan. Program ini dibentuk bertujuan melengkapkan pelajar dengan pengetahuan asas perakaunan, ekonomi, statistik, pemasaran, pengurusan dan komputer. Pelajar juga diperkenalkan kepada aspek persekitaran perdagangan dan organisasi. Semua pelajar diwajibkan menjalani latihan industry selama 6 bulan dalam semester ketiga bagi membolehkan mereka memperolehi pengalaman pekerjaan disektor perdagangan.
Objektif
- Melatih personel yang mempunyai kecekapan dalam pengajian perniagaan yang diperlukan oleh syarikat atau perniagaan sendiri.
- Memperkenalkan pelajar dalam aspek persekitaran perdagangan, organisasi dan memahami pengetahuan kursus berkaitan pengajian perniagaan.
- Melatih pelajar bertujuan bertugas secara berpasukan melalui aktiviti tugasan berkumpulan, pembentangan dan sebagainya.
- Kefahaman berkaitan prinsip serta tanggungjawab berkaitan pengajaran dan pembelajaran.
- Melengkapkan pelajar tentang pengetahuan asas berkaitan perakaunan, ekonomi, statistik, pemasaran, pengurusan pemasaran dan computer.
Peluang Kerjaya
- Pembantu Akaun
- Pembantu Tadbir
- Usahawan
- Perkeranian
- Eksekutif Jualan
Last Updated (Monday, 21 June 2010 02:32)






